TERUSLAH MEMBACA UNTUK MENGETAHUI SEGALANYA MENGENAI SEKOLAH INI.

  • Luas kawasan SMK Gadong meliputi 25 ekar tanah.
  • Sesi pembelajaran waktu pagi hanya bermula pada tahun 1985.
  • Pada tahun 1977, Kelas Lanjutan (anjuran UNICEF) diadakan bagi membanteras buta huruf di kalangan orang dewasa di kawasan Kampung Gadong dan sekitarnya.
  • Di seluruh bahagian Beaufort, cuma sekolah ini diperuntukkan dengan sebuah bas.
  • YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri semasa itu) merupakan perasmi pembukaan sekolah di tapak sekarang pada tahun 1994.
  • Jalan ke Gadong diturap pada 1987.
  • 70% pelajar SMK Gadong adalah dari keturunan Bisaya, 25% Brunei dan 5% Kadazan Dusun
  • Nama lama rumah sukan ialah Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Jebat, Rumah Hang Lekir dan Rumah Hang Lekiu (sekarang Rumah Tiong, Rumah Rajawali, Rumah Raja Udang dan Rumah Helang)
  • Kemudahan telefon mula dinikmati oleh penduduk Gadong pada Oktober 1997
  • PIBG SMK Gadong ditubuhkan dan didaftarkan secara sah pada 16 April 1995 atas inisiatif En. Zainal Hj. Ibrahim, pengetua semasa itu.
  • Gadong bermaksud hijau dalam bahasa Brunei.
  • Gred rasmi sekolah ini ialah Gred A.
  • Jarak SMK Gadong ke Pekan Beaufort (bandar terdekat) ialah dalam lingkungan 20km.
  • Jarak dari sekolah ke Kota Kinabalu ialah 100 kilometer.
  • Jumlah guru 57 orang dan pelajar 770 orang untuk tahun 1999.
  • Sesi pembelajaran bermula dari 7.00 pagi hingga 1.35 petang (Isnin); 7.00 pagi hingga 1.20 petang (Selasa - Khamis) dan 7.00 pagi hingga 11.20 pagi (Jumaat).