Make your own free website on Tripod.com

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 1999

Usaha pihak sekolah menghargai pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang pelajaran dan kokurikulum diperlihatkan dalam majlis yang gilang gemilang. Majlis yang dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Bahagian Beaufort, En. Hadis Hj. Johari.

Dalam ucapannya beliau menyatakan peri pentingnya peranan ibu bapa membimbing anak-anak mereka dalam mengejar kecemerlangan. Dengan menekankan bahawa faktor persekitaran luar bandar yang serba kekurangan bukanlah suatu masalah besar. Melalui sikap ingin berjaya sesorang pelajar mampu melakukan yang terbaik. Beliau mengambil contoh pelajar terbaik SPM tahun ini iaitu adik Norfaezah Manjah yang mendapat pangkat 1, agregat 7 yang memang merupakan dari keluarga petani yang serba sederhana kehidupannya.

Berbagai aktiviti selingan diadakan semasa majlis penyampaian hadiah termasuklah persembahan nasyid, dikir barat, sketsa dan tarian. Seramai lebih kurang 100 pelajar terbabit dalam penerimaan hadiah dan persembahan pada hari tersebut.

Kerjasama erat di antara kakitangan, pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah sendiri membuahkan kejayaan bagi majlis tahunan ini. Jawatankuasa pelaksana pada tahun ini akan di kekalkan untuk majlis yang sama pada tahun depan.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada orang perseorangan seperti Y.B. Pn. Surinam Sadikon dan Y.B. Dr. Yusof Yaakob dan syarikat yang telah memberikan sumbangan untuk melancarkan majlis ini.

Ketibaan Pegawai Pendidikan Bahagian Beaufort disambut oleh pelajar.

 

Cenderahati kenang-kenangan disampaikan kepada Pegawai Perasmi.

JAWATANKUASA MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 1999

Penaung: En. Asnan Mohd. Zain

Penasihat: Ust. Alias Ali & En. Zullaili Hason

Pengerusi: En. Mohamud Hj. Juriman

Setiausaha: Ust. Mohamad Dawami Shaien

Pen. Setiausaha: Cik Jalita Sarudin

Bendahari: Pn. Zanariah Abu Bakar

 

kemaskini 24 Julai 1999