Make your own free website on Tripod.com
   

......... Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong .......

Untuk maklumat tambahan klik pada topik di bawah

[ Piagam Sekolah ] [ Lagu Sekolah ] [ Fakta Menarik Mengenai SMK Gadong ]

BANGUNAN LAMA

Pada peringkat awal penubuhannya, iaitu pada awal tahun 70an sekolah ini tidak mempunyai bangunannya sendiri dan tidak mempunyai kemudahan asas yang diperlukan. Bangunan Sekolah Rendah Gadong telah digunakan sebagai pusat pembelajaran sementara.

100 orang pelajar diterima semasa tahun pertama sekolah ini. 2 kelas digunakan untuk menempatkan pelajar-pelajar ini yang memulakan kelas menengah rendah dalam aliran Bahasa Inggeris.

Menjelang tahun 1974, tingkatan 1, 2 dan 3 telah diwujudkan dan buat kali pertama seramai 100 pelajar telah menduduki Peperiksaan LCE yang berpusat di Sekolah Menengah St. Paul, Beaufort.

Pada tahun 1976, seiringan dengan Dasar Peperiksaan Pelajaran Kebangsaan, sekolah ini telah mewujudkan kelas tingkatan satu dalam aliran Bahasa Melayu. Kumpulan pelajar ini juga yang pertama mengambil peperiksaan SRP pada tahun 1978.

Sesi persekolahan bermula pada 12.30 tengah hari dan berakhir pada 5.45 petang kerana pada waktu pagi sesi persekolahan peringkat rendah berlangsung. Hanya menjelang tahun 1985 barulah waktu persekolahan berubah kepada pukul 7.00 pagi hingga 1.35 tengah hari. Pada masa ini bangunan tambahan telah dibina oleh pihak kerajaan.

BANGUNAN SEKARANG

Pada tahun 1992, bangunan baru di tapak yang baru telah siap sepenuhnya dan mula digunakan untuk proses pengajaran - pembelajaran. Pada waktu ini sudah terdapat asrama pelajar lelaki dan perempuan, surau, kantin, bengkel kemahiran hidup, dewan besar , gelanggang badminton dan flat guru serta kemudahan asas yang lain.

Pada tahun ini juga seramai 66 orang pelajar untuk pertama kalinya menduduki peperiksaan SPM (peringkat menengah atas dimulakan pada tahun 1991, di sekolah lama).

Seterusnya peningkatan jumlah pelajar berlaku dari setahun ke setahun. Dengan adanya sekolah baru ini, ia telah memberi peluang pelajar luar bandar menguasai ilmu pengetahuan dan memperbaiki mutu kehidupan mereka.

Sekolah ini juga disediakan dengan sebuah bas untuk kegunaan sekolah dan Pejabat Pendidikan Beaufort.

 

 

* Fakta di atas adalah dari Profil Sekolah (Kajian untuk Institut Aminudin Baki, KPM)