TERUSLAH
MEMBACA UNTUK MENGETAHUI SEGALANYA MENGENAI
SEKOLAH INI.
Luas
kawasan SMK Gadong meliputi 25 ekar
tanah.
Sesi
pembelajaran waktu pagi hanya bermula
pada tahun 1985.
Pada
tahun 1977, Kelas Lanjutan (anjuran
UNICEF) diadakan bagi membanteras buta
huruf di kalangan orang dewasa di kawasan
Kampung Gadong dan sekitarnya.
Di
seluruh bahagian Beaufort, cuma sekolah
ini diperuntukkan dengan sebuah bas.
YAB
Datuk Seri Anwar Ibrahim (Timbalan
Perdana Menteri semasa itu) merupakan
perasmi pembukaan sekolah di tapak
sekarang pada tahun 1994.
Jalan ke
Gadong diturap pada 1987.
70%
pelajar SMK Gadong adalah dari keturunan
Bisaya, 25% Brunei dan 5% Kadazan Dusun
Nama
lama rumah sukan ialah Rumah Hang Tuah,
Rumah Hang Jebat, Rumah Hang Lekir dan
Rumah Hang Lekiu (sekarang Rumah Tiong,
Rumah Rajawali, Rumah Raja Udang dan
Rumah Helang)
Kemudahan
telefon mula dinikmati oleh penduduk
Gadong pada Oktober 1997
PIBG SMK
Gadong ditubuhkan dan didaftarkan secara
sah pada 16 April 1995 atas inisiatif En.
Zainal Hj. Ibrahim, pengetua semasa itu.
Gadong
bermaksud hijau dalam bahasa Brunei.
Gred
rasmi sekolah ini ialah Gred A.
Jarak
SMK Gadong ke Pekan Beaufort (bandar
terdekat) ialah dalam lingkungan 20km.
Jarak
dari sekolah ke Kota Kinabalu ialah 100
kilometer.
Jumlah
guru 57 orang dan pelajar 770 orang untuk
tahun 1999.
Sesi
pembelajaran bermula dari 7.00 pagi
hingga 1.35 petang (Isnin); 7.00 pagi
hingga 1.20 petang (Selasa - Khamis) dan
7.00 pagi hingga 11.20 pagi (Jumaat).
|